semlm masa ondeway balik umah, tiba-tiba aku terfikirkan someone yang aku rasa dah lama gile aku ignore kewujudan dia. dia sentiasa ada dengan aku. tapi somehow aku rasa macam dah lama aku tak 'nampak' dia dalam hati aku. seolah-olah jasad aku saja ada di depan dia tapi jiwa aku tidak.
aku tak tahu knapa, tapi aku yakin kalau dia tahu apa yang aku rasa, mesti dia sedih gila.
masa 3 hingga 5 bulan pertama aku kenal dia, dah macam anjing dan kucing je kami ni. asik gaduh saja. kalau dia buat benda kecik sikit pun, kalau aku tak berkenan, mesti aku mengamuk. aku ni memang la jenis panas baran, tapi kalau dengan dia memang aku senang sangat nak rasa tak puas ati. penah sekali tu aku baling barang sebab bengang dengan dia. bukan sekali, banyak kali kot aku dok buat pesen baling barang nih. dia pun dah banyak kali 'menangis' dengan sikap aku.
tapi tu cita dulu la, sekarang aku dah makin boleh kawal perasaan aku. takda la dok tengking-tengking marah-marah dia sangat. baling-baling barang pun dah tak buat dah.
aku rasa ni la kali pertama dalam idup aku, aku jumpa satu manusia yang boleh terima baik buruk aku, selain family aku. buruk macam mana sekali pun, dia masih boleh terima aku. kalau aku marah, dia mesti pujuk, kalau aku mengamuk pun mesti dia pujuk juga. aku rasa mak aku pun tak sesabar dia dalam melayan perangai buruk aku ni. apa saja yang aku suruh mesti dia buat. apa saja yang aku nak mesti dia kasik.
tapi, kenapa aku rasa dia 'jauh' dari aku?
erm...aku rasa aku tau kot jawapannya. orang kata, kita biasanya tak menghargai sesuatu yang jadi milik kita, tapi bila dah takda, baru la kita terhegeh-hegeh ingatkan dia. maybe aku pun macam tu kot. oleh sebab aku tahu dia akan sentiasa ada dengan aku, aku rasa macam tak kisah la kalau tak jaga ati dia, tak jaga perasaan dia. teruknya aku ni!!!!
sejak semalam aku terfikir-fikir pasal ni. bayangkan la kalau dia takda, takda sebab mati ke, takda sebab kami dah break ke, tak kisah la macam mana pun, yang penting aku mesti rasa keciwa, sedih, menyesal yang teramat sangat.
aku bersyukur sebab aku cepat sedar diri. aku bersyukur dia masih ada di sisi aku. kalau boleh aku nak jaga ati dia, nak sayang dia, macam mana aku saya family aku. dia la insan kedua terapat dengan aku selepas family aku. dia la insan yang sudi terima aku seadanya. walau buruk mana sekalipun, dia tetap terima aku dan sayang aku.
terima kasih Norman, sebab sabar dengan aku selama ni....
Tuesday, March 31, 2009
Sunday, March 29, 2009
Kerja Kerana Duit ke Kerana Minat?
1. Semalam aku lepak-lepak di rumah, biasalah cuti ujung minggu. takda kerja nak buat. sebenarnya aku kena ngajar tusyen tapi aku ngelat. malas pulak nak mengadap budak-budak nakal time weekend macam ni. so dalam pukul 12.30 aku bukak tv aku yang 'besar 42 inci' tu (tv tu aku beli kat Maidin, harga rm49.90), ada Melodi. punyala lama gila aku tak tengok melodi. aku bukan minat sangat nak tengok perihal dunia artis ni saja la santao-santai dah takda kerja lain nak buat. banyak jugak la kes artis-artis sekarang. kena tangkap khalwat la, bergaduh la, macam-macam lagi.
2. tapi ada satu slot tu, kisahnya pasal Awal ashari. topik slot tu, pasal dia yang dikatakan bolot semua peluang pengacaraan. so mamat wartawan melodi yang memang kita tahu suka kasik soklan cepumas kat artis ni, tanya la pada si awal ni, "Adakah awal ashaari seorang yang suka membolot semua peluang pengacaraan yang ada?" lebih kurang gitula soalannya. apa yang aku kagum dengan si awal ni, dengan selamba dia menjawab, yang lebih kurang macam ni la dialognya, "Saya bekerja untuk duit, so semua peluang yang ada saya akan ambil. saya ada kereta dan rumah ayng perlu dibayar, so takda salahnya saya nak ambil semua peluang"... macam tu la lebih kurang.
3. bagi aku, dia seorang yang tak hipokrit, tak macam sesetengah artis, yang suka cakap "Saya ni jadi artis sebab minat, sebab nak bantu keluarga... bla... bla..." padahal semua nak kejar duit je kan. bukan kata artis saja, bagi yang profesion lain pun sama jugak. hehe skeptik juga ye aku ni.
4. aku dah beberapa bulan dah keja dalam dunia akademik ni. dah macam-macam ragam manusia yang bergelar Dr, bergelar Puan, Tuan, Prof, Prof Madya, yang aku lihat. seronok duduk dalam dunia akademik ni hari-hari kita diserikan dengan ilmu. aku pasti mereka semua bekerja sebagai pensyarah, guru atau sebagainya, bermula dari cita-cita sejak kecil, dan minat mendalam terhadap ilmu dan niat untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. tapi tidak boleh dinafikan juga, dunia mereka pun kadang-kadang macam artis juga, ada yang dengki kalau si polan ni dapat dana research beratus-ratus ribu, ada yang irihati kalau si polan ni cpat naik pangkat. dan pada akhirnya, kita dapat lihat manusia bekerja sebenarnya nak dapatkan duit. itu je. kenapa dari kecil mak ayah suruh blajar tinggi-tinggi, sebab nanti boleh dapat kerja besar, gaji pun besar.
5. aku tak kata nak duit banyak tu salah, tapi kadang-kadang kerana duitlah manusia berbalah, kerana duit lah sedara-mara bergaduh, kerana duitlah...huh macam-macam lagilah... Kita orang Islam diajar "Bekerja keraslah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kita akan mati esok hari". Cuma dalam keghairahan nak cari duit, jangan la sampai kita pijak orang, demi nak capai cita-cita sendiri.
6. Aku pun kerja nak cari duit jugak, nak cari duit banyak-banyak nak kawen hehe. tapi pada masa yang sama aku harap aku dapat cari duit dalam bidang yang aku minat, yang aku cita-citakan sejak kecil.

Tuhan ke Allah?
1. Aku tertarik dengan kes baru-baru ni pasal akhbar rasmi The Herald yang keluar seminggu sekali tu. Alaaa, akhbar Kristian Katolik tu laa. Sebelum ni orang Malaysia bukan tahu pun kewujudan akhbar tu cuma penganut-penganut Kristian je maybe tahu. Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa dorang insist sangat nak pakai perkataan Allah dalam majalah dorang. bagi aku, perkataan God untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu, adalah tuhan saja. sebab Allah tu bukan bahasa melayu pun cuma term nya sahaja telah diterima, bukanlah dimelayukan. Pihak dorang berhujah bahawa perkataan Allah untuk memberi erti tuhan telah digunakan sejak zaman pra-jahiliah lagi. Bahkan di negara Arab, orang Kristian menggunakan ‘Allah’ merujuk Tuhan mereka.Ya, aku setuju tu, sebab sebelum ni kawan aku, Nad the Great penah tunjukkan aku satu filem dalam Youtube, aku tak ingat nama filem tu, tapi ia berkisarkan zaman nabi Isa dulu, dalam filem tu ditunjukkan pelakonnya ada menyebut perkataan "Ellahi", dan filem tu bukan menggunakan bahasa inggeris, tapi bahasa apa ntah aku tak ingat. perkataan Ellahi tu maksudnya God, aku tahu pun sebab kat bawah tu ada subtitle english.
2. tu kisah the Herald, aku bukan nak komen panjang-panjang sebab kerajaan pun dah bagi keputusan perkataan Allah dalam akhbar tu TAK BOLEH digunakan. kita orang Islam sekarang ni mesti sangat berhati-hati dengan proses kristianisasi yang berlaku dalam pelbagai bentuk yang biasanya kita tak sedar pun. tambah-tambah pulak, si Agnes Monica, penyanyi dari Indon tu, yang tiap-tiap ari kita tengok muka dia kt tv3 berlakon jadi wanita baik yang sentiasa dirundung masalah (yalah, tipikal la orang baik selalu kena buli kan), dia pun ada satu lagu tajuk ALLAH PEDULI. liriknya pada awalnya dok ulang perkataan Allah, sekali kita dengar macam dia maksudkan Allah la kan, tapi lirik terakhir, nah amik kau! "kerana Kau Allah Jesusku..." dan Alhamdulillah, aku dengar-dengar lagu tu pun diharamkan di Malaysia untuk elak kekeliruan umat Islam.
3. tu cara dorang nak mengelirukan kita, very cunning and dangerous. apa kata kita lihat di sudut orang Islam di Malaysia pula......
4. Perasan tak, kalau kita tonton wayang ka drama ka yang orang meLAYU kita buat, kalau nak sebut pasal Tuhan, mesti dialognya menggunakan perkataan Tuhan. Jarang sekali perkataan Allah yang digunakan. aku tak pasti kenapa, tapi nampaknya dunia sudah terbalik. umat Islam tak suka sebut perkataan Allah tapi orang bukan Islam pulak yang terhegeh-hegeh nak sebut. Kenapa ia berlaku? Jeng! Jeng! Jeng!
5. Aku teringat lagi kisah yang berlaku hampir sedekad dulu, aku ni dulunya seorang yang sangat suka menulis. sejak dari Form 3 lagi aku dah mula menulis cerpen. alaa cerpen suka-suka ja tapi tak pernah pulak aku masuk pertandingan cerpen pun. saja menulis pastu paksa kawan aku baca. aku ingat lagi dulu yang selalu dipaksa baca cerpen aku adalah Syafa, Midi, dan ada sorang lagi aku tak ingat nama dia, tapi yang aku ingat dia ada penyakit suka gigit kuku sampai kuku dia dah tak tumbuh-tumbuh lagi dah. nak dijadikan cerita, masa aku dah abih skolah, aku sambung lagi hobi aku. tapi time tu aku dah matang skit la dalam penulisan. ada satu cerpen tu, aku tulis pasal sorang pompuan yang suka kat sorang laki alim tu tapi dia tak dapat sebab laki tu taknak ka dia. last-last dia mati sebab ada penyakit kronik. tajuk cerpen aku tu, "Warkah Untuk Tuhan". manusia yang pertama aku kasik baca and mintak respon, nama dia Kak Ta. Baik orangnya. dia baca cerpen tu and bagi respon yang positif. dia kata, aku ni ada bakat dalam bidang ni silap-silap kalau digilap betul-betul aku boleh gantikan A. Samad Said. Dia kata bukan aku kata. tapi satu saja dia komen, kenapa tajuk aku letak "Warkah Untuk Tuhan", bukan 'Warkah Untuk ALlah". adakah ia kurang artistik kalau guna perkataan Allah? Masa tu aku tak fikir apa pun, aku cuma tukar saja la tajuk tu.
6. So nampaklah di sini, aku pun sama saja dalam bab ni. aku sendiri takda jawapan kenapa aku guna tajuk tu. kalau korang pulak, macam mana?

Friday, March 27, 2009
Aku mulakan dengan lafaz Bismillah dan Assalamualaikum...
Rasa nervous gila hari ni. inilah kali pertama dalam hidup aku, terbinanya blog pertama aku sejak hampir suku abad aku hidup di dunia ini sebagai khalifah Allah S.W.T. bukan apa, dah lama nak buat, tapi tak terbuat-buat pun. terima kasih Yb, kau yang paling kuat menyokong aku untuk bina blog ni. dengan blog ini, segala idea, pendapat, perasaan, dan segalanya dapat dicurahkan di sini, tanpa ada yang betul atau salah. teringat aku pada kawan aku, napek namanya. dia lulusan English literature, UKM. dia kata, literature adalah satu jenis ilmu yang semua hujah adalah betul selagi kita dapat mendebatkan hujah kita. aku harap di sini kita pun sama-sama boleh mencurahkan idea dan pendapat masing-masing tanpa menjadikan blog ini satu medan perang kata-kata yang akhirnya satu apa pun kita tak dapat. segala idea dan pendapat aku kat sini, aku harap sahabat-sahabat semua dapat memberikan komen atau respon supaya kita boleh jadikannya sebagai satu ilmu pengetahuan, bukan hanya seperti bualan biasa di maplay. dan dengan ini, aku memulakan blog ini, sebagai satu medan ilmu, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
p/s: Yb, mungkin untuk peringkat awal ni, aku akan ciplak skit cara ko post blog, dari segi format ke apa ke, nanti dah lama-lama aku akan ada identiti aku sendiri. takpe kan Yb?

Subscribe to:
Posts (Atom)