Sunday, March 29, 2009

Kerja Kerana Duit ke Kerana Minat?

1. Semalam aku lepak-lepak di rumah, biasalah cuti ujung minggu. takda kerja nak buat. sebenarnya aku kena ngajar tusyen tapi aku ngelat. malas pulak nak mengadap budak-budak nakal time weekend macam ni. so dalam pukul 12.30 aku bukak tv aku yang 'besar 42 inci' tu (tv tu aku beli kat Maidin, harga rm49.90), ada Melodi. punyala lama gila aku tak tengok melodi. aku bukan minat sangat nak tengok perihal dunia artis ni saja la santao-santai dah takda kerja lain nak buat. banyak jugak la kes artis-artis sekarang. kena tangkap khalwat la, bergaduh la, macam-macam lagi.

2. tapi ada satu slot tu, kisahnya pasal Awal ashari. topik slot tu, pasal dia yang dikatakan bolot semua peluang pengacaraan. so mamat wartawan melodi yang memang kita tahu suka kasik soklan cepumas kat artis ni, tanya la pada si awal ni, "Adakah awal ashaari seorang yang suka membolot semua peluang pengacaraan yang ada?" lebih kurang gitula soalannya. apa yang aku kagum dengan si awal ni, dengan selamba dia menjawab, yang lebih kurang macam ni la dialognya, "Saya bekerja untuk duit, so semua peluang yang ada saya akan ambil. saya ada kereta dan rumah ayng perlu dibayar, so takda salahnya saya nak ambil semua peluang"... macam tu la lebih kurang.

3. bagi aku, dia seorang yang tak hipokrit, tak macam sesetengah artis, yang suka cakap "Saya ni jadi artis sebab minat, sebab nak bantu keluarga... bla... bla..." padahal semua nak kejar duit je kan. bukan kata artis saja, bagi yang profesion lain pun sama jugak. hehe skeptik juga ye aku ni.

4. aku dah beberapa bulan dah keja dalam dunia akademik ni. dah macam-macam ragam manusia yang bergelar Dr, bergelar Puan, Tuan, Prof, Prof Madya, yang aku lihat. seronok duduk dalam dunia akademik ni hari-hari kita diserikan dengan ilmu. aku pasti mereka semua bekerja sebagai pensyarah, guru atau sebagainya, bermula dari cita-cita sejak kecil, dan minat mendalam terhadap ilmu dan niat untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. tapi tidak boleh dinafikan juga, dunia mereka pun kadang-kadang macam artis juga, ada yang dengki kalau si polan ni dapat dana research beratus-ratus ribu, ada yang irihati kalau si polan ni cpat naik pangkat. dan pada akhirnya, kita dapat lihat manusia bekerja sebenarnya nak dapatkan duit. itu je. kenapa dari kecil mak ayah suruh blajar tinggi-tinggi, sebab nanti boleh dapat kerja besar, gaji pun besar.

5. aku tak kata nak duit banyak tu salah, tapi kadang-kadang kerana duitlah manusia berbalah, kerana duit lah sedara-mara bergaduh, kerana duitlah...huh macam-macam lagilah... Kita orang Islam diajar "Bekerja keraslah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kita akan mati esok hari". Cuma dalam keghairahan nak cari duit, jangan la sampai kita pijak orang, demi nak capai cita-cita sendiri.

6. Aku pun kerja nak cari duit jugak, nak cari duit banyak-banyak nak kawen hehe. tapi pada masa yang sama aku harap aku dapat cari duit dalam bidang yang aku minat, yang aku cita-citakan sejak kecil.

2 comments:

  1. aku kerja sbb duit....dengan ada duit aku boleh tolong org yg takde duit.. dan yang paling penting duit itu salah satu cara utk kita kejar matlamat hidup kita..... tp jgn lupa doa supaya tak sumbung dgn tuhan

    ReplyDelete