Tuesday, March 31, 2009

terima kasih...

semlm masa ondeway balik umah, tiba-tiba aku terfikirkan someone yang aku rasa dah lama gile aku ignore kewujudan dia. dia sentiasa ada dengan aku. tapi somehow aku rasa macam dah lama aku tak 'nampak' dia dalam hati aku. seolah-olah jasad aku saja ada di depan dia tapi jiwa aku tidak.
aku tak tahu knapa, tapi aku yakin kalau dia tahu apa yang aku rasa, mesti dia sedih gila.

masa 3 hingga 5 bulan pertama aku kenal dia, dah macam anjing dan kucing je kami ni. asik gaduh saja. kalau dia buat benda kecik sikit pun, kalau aku tak berkenan, mesti aku mengamuk. aku ni memang la jenis panas baran, tapi kalau dengan dia memang aku senang sangat nak rasa tak puas ati. penah sekali tu aku baling barang sebab bengang dengan dia. bukan sekali, banyak kali kot aku dok buat pesen baling barang nih. dia pun dah banyak kali 'menangis' dengan sikap aku.

tapi tu cita dulu la, sekarang aku dah makin boleh kawal perasaan aku. takda la dok tengking-tengking marah-marah dia sangat. baling-baling barang pun dah tak buat dah.

aku rasa ni la kali pertama dalam idup aku, aku jumpa satu manusia yang boleh terima baik buruk aku, selain family aku. buruk macam mana sekali pun, dia masih boleh terima aku. kalau aku marah, dia mesti pujuk, kalau aku mengamuk pun mesti dia pujuk juga. aku rasa mak aku pun tak sesabar dia dalam melayan perangai buruk aku ni. apa saja yang aku suruh mesti dia buat. apa saja yang aku nak mesti dia kasik.

tapi, kenapa aku rasa dia 'jauh' dari aku?

erm...aku rasa aku tau kot jawapannya. orang kata, kita biasanya tak menghargai sesuatu yang jadi milik kita, tapi bila dah takda, baru la kita terhegeh-hegeh ingatkan dia. maybe aku pun macam tu kot. oleh sebab aku tahu dia akan sentiasa ada dengan aku, aku rasa macam tak kisah la kalau tak jaga ati dia, tak jaga perasaan dia. teruknya aku ni!!!!

sejak semalam aku terfikir-fikir pasal ni. bayangkan la kalau dia takda, takda sebab mati ke, takda sebab kami dah break ke, tak kisah la macam mana pun, yang penting aku mesti rasa keciwa, sedih, menyesal yang teramat sangat.

aku bersyukur sebab aku cepat sedar diri. aku bersyukur dia masih ada di sisi aku. kalau boleh aku nak jaga ati dia, nak sayang dia, macam mana aku saya family aku. dia la insan kedua terapat dengan aku selepas family aku. dia la insan yang sudi terima aku seadanya. walau buruk mana sekalipun, dia tetap terima aku dan sayang aku.

terima kasih Norman, sebab sabar dengan aku selama ni....

1 comment: