Sunday, March 29, 2009

Tuhan ke Allah?

1. Aku tertarik dengan kes baru-baru ni pasal akhbar rasmi The Herald yang keluar seminggu sekali tu. Alaaa, akhbar Kristian Katolik tu laa. Sebelum ni orang Malaysia bukan tahu pun kewujudan akhbar tu cuma penganut-penganut Kristian je maybe tahu. Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa dorang insist sangat nak pakai perkataan Allah dalam majalah dorang. bagi aku, perkataan God untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu, adalah tuhan saja. sebab Allah tu bukan bahasa melayu pun cuma term nya sahaja telah diterima, bukanlah dimelayukan. Pihak dorang berhujah bahawa perkataan Allah untuk memberi erti tuhan telah digunakan sejak zaman pra-jahiliah lagi. Bahkan di negara Arab, orang Kristian menggunakan ‘Allah’ merujuk Tuhan mereka.Ya, aku setuju tu, sebab sebelum ni kawan aku, Nad the Great penah tunjukkan aku satu filem dalam Youtube, aku tak ingat nama filem tu, tapi ia berkisarkan zaman nabi Isa dulu, dalam filem tu ditunjukkan pelakonnya ada menyebut perkataan "Ellahi", dan filem tu bukan menggunakan bahasa inggeris, tapi bahasa apa ntah aku tak ingat. perkataan Ellahi tu maksudnya God, aku tahu pun sebab kat bawah tu ada subtitle english.

2. tu kisah the Herald, aku bukan nak komen panjang-panjang sebab kerajaan pun dah bagi keputusan perkataan Allah dalam akhbar tu TAK BOLEH digunakan. kita orang Islam sekarang ni mesti sangat berhati-hati dengan proses kristianisasi yang berlaku dalam pelbagai bentuk yang biasanya kita tak sedar pun. tambah-tambah pulak, si Agnes Monica, penyanyi dari Indon tu, yang tiap-tiap ari kita tengok muka dia kt tv3 berlakon jadi wanita baik yang sentiasa dirundung masalah (yalah, tipikal la orang baik selalu kena buli kan), dia pun ada satu lagu tajuk ALLAH PEDULI. liriknya pada awalnya dok ulang perkataan Allah, sekali kita dengar macam dia maksudkan Allah la kan, tapi lirik terakhir, nah amik kau! "kerana Kau Allah Jesusku..." dan Alhamdulillah, aku dengar-dengar lagu tu pun diharamkan di Malaysia untuk elak kekeliruan umat Islam.

3. tu cara dorang nak mengelirukan kita, very cunning and dangerous. apa kata kita lihat di sudut orang Islam di Malaysia pula......

4. Perasan tak, kalau kita tonton wayang ka drama ka yang orang meLAYU kita buat, kalau nak sebut pasal Tuhan, mesti dialognya menggunakan perkataan Tuhan. Jarang sekali perkataan Allah yang digunakan. aku tak pasti kenapa, tapi nampaknya dunia sudah terbalik. umat Islam tak suka sebut perkataan Allah tapi orang bukan Islam pulak yang terhegeh-hegeh nak sebut. Kenapa ia berlaku? Jeng! Jeng! Jeng!

5. Aku teringat lagi kisah yang berlaku hampir sedekad dulu, aku ni dulunya seorang yang sangat suka menulis. sejak dari Form 3 lagi aku dah mula menulis cerpen. alaa cerpen suka-suka ja tapi tak pernah pulak aku masuk pertandingan cerpen pun. saja menulis pastu paksa kawan aku baca. aku ingat lagi dulu yang selalu dipaksa baca cerpen aku adalah Syafa, Midi, dan ada sorang lagi aku tak ingat nama dia, tapi yang aku ingat dia ada penyakit suka gigit kuku sampai kuku dia dah tak tumbuh-tumbuh lagi dah. nak dijadikan cerita, masa aku dah abih skolah, aku sambung lagi hobi aku. tapi time tu aku dah matang skit la dalam penulisan. ada satu cerpen tu, aku tulis pasal sorang pompuan yang suka kat sorang laki alim tu tapi dia tak dapat sebab laki tu taknak ka dia. last-last dia mati sebab ada penyakit kronik. tajuk cerpen aku tu, "Warkah Untuk Tuhan". manusia yang pertama aku kasik baca and mintak respon, nama dia Kak Ta. Baik orangnya. dia baca cerpen tu and bagi respon yang positif. dia kata, aku ni ada bakat dalam bidang ni silap-silap kalau digilap betul-betul aku boleh gantikan A. Samad Said. Dia kata bukan aku kata. tapi satu saja dia komen, kenapa tajuk aku letak "Warkah Untuk Tuhan", bukan 'Warkah Untuk ALlah". adakah ia kurang artistik kalau guna perkataan Allah? Masa tu aku tak fikir apa pun, aku cuma tukar saja la tajuk tu.

6. So nampaklah di sini, aku pun sama saja dalam bab ni. aku sendiri takda jawapan kenapa aku guna tajuk tu. kalau korang pulak, macam mana?

No comments:

Post a Comment